Projek Taman Kajang Perdana..
Kerja kerja pengubahsuaian kali ini hanya melibatkan kawasan tempat letak kereta "carporch" dimana tuan empunya rumah ini yg menginginkan kawasan yang lebih luas untuk memuatkan 2 buah kereta dikawasan carporch kediamannya. Pada design asal rumah ini terdapat sebatang tiang berada ditgh2 kawasan carporch yg menjadi gangguan utama.. Selain itu untuk memberi suasana yang lebih privacy disamping menaikan seri rumah ini,dinding setinggi 5'6" dibina dengan design asas dinding terbahagi kepada 3 bhgn.. Tiang pintu pagar asal telah dipecahkan dan digantikan dengan 2 tiang yang besar dan tinggi dibhgn kiri dan kanan untuk keluasan yang maksima.




Tile 1'x1' berwarna kelabu gelap dipilih untuk menutupi kawasan lantai "carporch" dan dilengkapi lagi dengan boarder yang menggunakan jenis tile yang sama cuma pemilihan warna yang lebih terang. Manakala dinding yang terbahagi kepada 3 bhgn telah disergamkan dengan batu decostone bercorak "neutral clay"dibhgn tengah dan dua bhgn lagi dilengkapi dengan batu deco berbentuk bunga yang diletakkan ditgh2 kawasan masing2..



Tiang besar setinggi hampir 7ft ini telah disaluti sepenuhnya oleh batu "pable wash" berwarna hijau lumut bagi menaikan suasana damai dan sejuk mata memandang, manakala pintu pagar yang besar dan luas ini telah menyuntik imej mewah pada imej baru rumah ini..
chantekk..
ReplyDeletebila la nk ada budget untuk umah ku ittew.. huhu
berapa kost klu nak buat mcm ni..
ReplyDeleteUntuk Makluman Semua.. Kos Keseluruhan Iaitu material n Upah untuk kerja2 seperti ini sekitar rm20k itupun bergantung mengikut material yg ingin digunakan..
ReplyDelete