Kami menyediakan perkhidmatan mengubahsuai rumah.. Quotation percuma disediakan untuk kawasan Kajang, Bangi, Seri Kembangan, Putrajaya, Puchong dan Bukit Jalil

Monday, January 3, 2011

Projek Kajang Perdana

Projek Taman Kajang Perdana..
Kerja kerja pengubahsuaian kali ini hanya melibatkan kawasan tempat letak kereta "carporch" dimana tuan empunya rumah ini yg menginginkan kawasan yang lebih luas untuk memuatkan 2 buah kereta dikawasan carporch kediamannya. Pada design asal rumah ini terdapat sebatang tiang berada ditgh2 kawasan carporch yg menjadi gangguan utama.. Selain itu untuk memberi suasana yang lebih privacy disamping menaikan seri rumah ini,dinding setinggi 5'6" dibina dengan design asas dinding terbahagi kepada 3 bhgn.. Tiang pintu pagar asal telah dipecahkan dan digantikan dengan 2 tiang yang besar dan tinggi dibhgn kiri dan kanan untuk keluasan yang maksima.
Kerja2 pengubahsuaian dimulakan dengan membina tiang baru dibhgn sisi, diikuti dengan beam baru yang berperanan menahan dan mengalihkan beban bumbung ke tiang baru.. kekuatan beam dan tiang baru perlu dititikberatkan bagi memastikan ianya mencukupi untuk menanggung beban sekalian bumbung "carporch"..

Pemilik yang lebih menggemari suasana yang santai dan damai telah memilih warna2 yang tidak terlalu terang untuk dipadankan pada kediaman mereka.. Memandangkan rumah ini mempunyai "design" dan "pattern" yang agak padat jadi pemilihan warna perlu tepat supaya tidak kelihatan begitu berserabut.. Warna yang dipilih juga haruslah tidak terlalu pelbagai..


Tile 1'x1' berwarna kelabu gelap dipilih untuk menutupi kawasan lantai "carporch" dan dilengkapi lagi dengan boarder yang menggunakan jenis tile yang sama cuma pemilihan warna yang lebih terang. Manakala dinding yang terbahagi kepada 3 bhgn telah disergamkan dengan batu decostone bercorak "neutral clay"dibhgn tengah dan dua bhgn lagi dilengkapi dengan batu deco berbentuk bunga yang diletakkan ditgh2 kawasan masing2..

Permainan warna sekali lagi berjaya mengiringi keserian yang ditampilkan pada dinding pagar baru ini.. Cornic 3"x3" yang rata dan ringkas telah digunakan untuk melengkapi bhgn atas untuk menampilkan imej kemas dan modern..



Tiang besar setinggi hampir 7ft ini telah disaluti sepenuhnya oleh batu "pable wash" berwarna hijau lumut bagi menaikan suasana damai dan sejuk mata memandang, manakala pintu pagar yang besar dan luas ini telah menyuntik imej mewah pada imej baru rumah ini..