Kami menyediakan perkhidmatan mengubahsuai rumah.. Quotation percuma disediakan untuk kawasan Kajang, Bangi, Seri Kembangan, Putrajaya, Puchong dan Bukit Jalil

Tuesday, July 13, 2010

Projek Bandar Baru Bangi 2

Plaster Ceiling Design dan pattern plaster ceiling dibina mengikut ruang2 yang diilhamkan oleh pemilik.. ianya membahagikan beberapa ruang iaitu diantara ruangtamu, ruang menonton, ruang membaca dan ruang makan.. "Beam palsu" yang dibina antara ruang makan dan ruang tangga telah menampakkan satu kelainan yang ketara..

Mengubah pintu dan tingkap Bahagian pintu depan telah diubah untuk menampakkan imej baru.. Tingkap casement yang agak lebar telah menyukarkan tuan rumah untuk menyusunatur perabut dibahagian ruangtamu. Daun pintu pula disudahkan dengan cat putih sepadan dgn konsep "english style" yang diidamkan pemilik.. ianya juga disokong dengan "casement window" berukuran 1 1/2'x 6'..


Perubahan wajah
Gambar diatas menunjukkan perbezaan wajah rumah ini dari rupa asal kepada wajah baru dengan hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian sahaja.
Pagola Mini
Pagola berukuran 6'x7' ini dibina dibahagian teres rumah ini untuk dijadikan tempat bersantai seisi keluarga.. Bumbung pagola ini ditutupi dgn kepingan polycarbonate berwarna kelabu.. Bahagian sisinya pula dilengkapi "translist kayu" bercorak diamond untuk memberi sedikit privercy kepada pemilik sekeluarga ketika bersantai..
Tiling work
Untuk lantai carporch dan teres pula, pemilik telah memilih tile jenis "terracota" yang dipasang dengan corak diamond.. kemasan lantai ini telah dilengkapi dengan boarder yang menggunakan batu "pable wash" berwarna kuning dan hitam..

P/s: klik pada gambar utk saiz yang lebih besar

Monday, April 26, 2010

Projek Bandar Baru Bangi



Untuk bhgn luar.. image rumah ini telah diubah sama sekali dari image lama yang lesu kepada image baru yang lebih elegen dengan ruang balkoni telah ditutup sepenuhnya dengan "tempered glass" yang dilengkapi dengan "reflect tinted film" jenis "silver blue"... Warnanya yang begitu menyerlah disusuli warna dinding kelabu muda dan putih nampak sungguh padan dengan warna "roof tile" yang lebih gelap.. kombinasi warna terang dan gelap ini menjadikan pandangan hadapan rumah ini lebih bertenaga..


Untuk bhgn bwh tangga.. tuan rumah memilih untuk menutup ruang ini dengan membina sebuah setor kecil supaya ruang tamu nampak lebih kemas.. Warna pintu disesuaikan dengan warna "handrail" tangga dan kemasan lantainya...


Bhgn siling asal rumah ini sarat dengan "beam" yang melintang-lintang telah dilindungi oleh kemasan "plaster ceiling" yang menampilkan image moden dan kombinasi menarik diantara "pattern" diruang tamu dan diruang makan.. Kombinasi lampu juga memainkan peranan untuk menaikan lagi seri kedua dua ruang ini..



Kemasan tangga asal yg menggunakan permaidani sungguh tidak sesuai dgn konsep baru rumah ini... kemasan floor depot corak kayu berwarna coklat dibahagian atas anak tangga dan bahagian sisi anak tangga di kemaskan dengan plaster dan cat putih dapat menaikan seri tangga ini..


Bhgn belakang telah disambung untuk mendapatkan ruang dapur yang lebih luas dan selesa.. Kemasan "plaster ceiling" yang ringkas sungguh sesuai dgn konsep moden rumah ini.. Kemasan jubin dinding berwarna putih hingga ke siling membantu ruang ini nampak lebih luas.. kabinet dapur yang ringkas ini hanya memiliki satu "tower" besar untuk memuatkan pekakas elektrik dan satu "counter bar" untuk bersarapan pagi.. sekali lagi kombinasi warna cerah dan gelap yang begitu memukau..


P/s: klik pada gambar utk saiz yang lebih besar
Ruang bilik mandi utama mendapat perubahan yang ketara dari susun atur yang pada asalnya begitu sempit kepada ruang yang lebih selesa.. pemilihan basin 4 segi dan "shower rose" besar menaikan image moden yang ketara.. kombinasi menarik jubin dinding berwarna putih dgn "pattern wall tile" berwarna hitam serta jubin lantai berwarna hitam adalah faktor utama yang menaikkan seri ruang bilik mandi ini..


Sunday, March 21, 2010

Projek Bukit Jalil

Semasa proses renovation dijalankan:


Hasil dari renovation:

P/s: klik pada gambar utk saiz yang lebih besar

Monday, February 22, 2010

Kerja2 Mengecat Banglo di TTDI, Damansara..





Langkah Pertama: Menanggalkan permukaan cat lama dengan menggunakan "high pressure water pump".


P/s: klik pada gambar utk saiz yang lebih besar

Projek Taman Equine







P/s: klik pada gambar utk saiz yang lebih besar