Mr. Home Renovator's
We Built Your Dream...
Monday, April 8, 2013
AMPUN SERIBU KALI AMPUN!!!
Monday, January 3, 2011
Projek Kajang Perdana
Pemilik yang lebih menggemari suasana yang santai dan damai telah memilih warna2 yang tidak terlalu terang untuk dipadankan pada kediaman mereka.. Memandangkan rumah ini mempunyai "design" dan "pattern" yang agak padat jadi pemilihan warna perlu tepat supaya tidak kelihatan begitu berserabut.. Warna yang dipilih juga haruslah tidak terlalu pelbagai..
Tile 1'x1' berwarna kelabu gelap dipilih untuk menutupi kawasan lantai "carporch" dan dilengkapi lagi dengan boarder yang menggunakan jenis tile yang sama cuma pemilihan warna yang lebih terang. Manakala dinding yang terbahagi kepada 3 bhgn telah disergamkan dengan batu decostone bercorak "neutral clay"dibhgn tengah dan dua bhgn lagi dilengkapi dengan batu deco berbentuk bunga yang diletakkan ditgh2 kawasan masing2..
Tiang besar setinggi hampir 7ft ini telah disaluti sepenuhnya oleh batu "pable wash" berwarna hijau lumut bagi menaikan suasana damai dan sejuk mata memandang, manakala pintu pagar yang besar dan luas ini telah menyuntik imej mewah pada imej baru rumah ini..
Tuesday, July 13, 2010
Projek Bandar Baru Bangi 2
Mengubah pintu dan tingkap Bahagian pintu depan telah diubah untuk menampakkan imej baru.. Tingkap casement yang agak lebar telah menyukarkan tuan rumah untuk menyusunatur perabut dibahagian ruangtamu. Daun pintu pula disudahkan dengan cat putih sepadan dgn konsep "english style" yang diidamkan pemilik.. ianya juga disokong dengan "casement window" berukuran 1 1/2'x 6'..
Perubahan wajah
Monday, April 26, 2010
Projek Bandar Baru Bangi
Untuk bhgn luar.. image rumah ini telah diubah sama sekali dari image lama yang lesu kepada image baru yang lebih elegen dengan ruang balkoni telah ditutup sepenuhnya dengan "tempered glass" yang dilengkapi dengan "reflect tinted film" jenis "silver blue"... Warnanya yang begitu menyerlah disusuli warna dinding kelabu muda dan putih nampak sungguh padan dengan warna "roof tile" yang lebih gelap.. kombinasi warna terang dan gelap ini menjadikan pandangan hadapan rumah ini lebih bertenaga..
Untuk bhgn bwh tangga.. tuan rumah memilih untuk menutup ruang ini dengan membina sebuah setor kecil supaya ruang tamu nampak lebih kemas.. Warna pintu disesuaikan dengan warna "handrail" tangga dan kemasan lantainya...
Bhgn siling asal rumah ini sarat dengan "beam" yang melintang-lintang telah dilindungi oleh kemasan "plaster ceiling" yang menampilkan image moden dan kombinasi menarik diantara "pattern" diruang tamu dan diruang makan.. Kombinasi lampu juga memainkan peranan untuk menaikan lagi seri kedua dua ruang ini..