Kami menyediakan perkhidmatan mengubahsuai rumah.. Quotation percuma disediakan untuk kawasan Kajang, Bangi, Seri Kembangan, Putrajaya, Puchong dan Bukit Jalil

Monday, April 26, 2010

Projek Bandar Baru Bangi



Untuk bhgn luar.. image rumah ini telah diubah sama sekali dari image lama yang lesu kepada image baru yang lebih elegen dengan ruang balkoni telah ditutup sepenuhnya dengan "tempered glass" yang dilengkapi dengan "reflect tinted film" jenis "silver blue"... Warnanya yang begitu menyerlah disusuli warna dinding kelabu muda dan putih nampak sungguh padan dengan warna "roof tile" yang lebih gelap.. kombinasi warna terang dan gelap ini menjadikan pandangan hadapan rumah ini lebih bertenaga..


Untuk bhgn bwh tangga.. tuan rumah memilih untuk menutup ruang ini dengan membina sebuah setor kecil supaya ruang tamu nampak lebih kemas.. Warna pintu disesuaikan dengan warna "handrail" tangga dan kemasan lantainya...


Bhgn siling asal rumah ini sarat dengan "beam" yang melintang-lintang telah dilindungi oleh kemasan "plaster ceiling" yang menampilkan image moden dan kombinasi menarik diantara "pattern" diruang tamu dan diruang makan.. Kombinasi lampu juga memainkan peranan untuk menaikan lagi seri kedua dua ruang ini..



Kemasan tangga asal yg menggunakan permaidani sungguh tidak sesuai dgn konsep baru rumah ini... kemasan floor depot corak kayu berwarna coklat dibahagian atas anak tangga dan bahagian sisi anak tangga di kemaskan dengan plaster dan cat putih dapat menaikan seri tangga ini..


Bhgn belakang telah disambung untuk mendapatkan ruang dapur yang lebih luas dan selesa.. Kemasan "plaster ceiling" yang ringkas sungguh sesuai dgn konsep moden rumah ini.. Kemasan jubin dinding berwarna putih hingga ke siling membantu ruang ini nampak lebih luas.. kabinet dapur yang ringkas ini hanya memiliki satu "tower" besar untuk memuatkan pekakas elektrik dan satu "counter bar" untuk bersarapan pagi.. sekali lagi kombinasi warna cerah dan gelap yang begitu memukau..


P/s: klik pada gambar utk saiz yang lebih besar
Ruang bilik mandi utama mendapat perubahan yang ketara dari susun atur yang pada asalnya begitu sempit kepada ruang yang lebih selesa.. pemilihan basin 4 segi dan "shower rose" besar menaikan image moden yang ketara.. kombinasi menarik jubin dinding berwarna putih dgn "pattern wall tile" berwarna hitam serta jubin lantai berwarna hitam adalah faktor utama yang menaikkan seri ruang bilik mandi ini..