Mr. Home Renovator's
We Built Your Dream...
Monday, April 8, 2013
AMPUN SERIBU KALI AMPUN!!!
Monday, January 3, 2011
Projek Kajang Perdana
Kerja2 pengubahsuaian dimulakan dengan membina tiang baru dibhgn sisi, diikuti dengan beam baru yang berperanan menahan dan mengalihkan beban bumbung ke tiang baru.. kekuatan beam dan tiang baru perlu dititikberatkan bagi memastikan ianya mencukupi untuk menanggung beban sekalian bumbung "carporch"..
Pemilik yang lebih menggemari suasana yang santai dan damai telah memilih warna2 yang tidak terlalu terang untuk dipadankan pada kediaman mereka.. Memandangkan rumah ini mempunyai "design" dan "pattern" yang agak padat jadi pemilihan warna perlu tepat supaya tidak kelihatan begitu berserabut.. Warna yang dipilih juga haruslah tidak terlalu pelbagai..
Tile 1'x1' berwarna kelabu gelap dipilih untuk menutupi kawasan lantai "carporch" dan dilengkapi lagi dengan boarder yang menggunakan jenis tile yang sama cuma pemilihan warna yang lebih terang. Manakala dinding yang terbahagi kepada 3 bhgn telah disergamkan dengan batu decostone bercorak "neutral clay"dibhgn tengah dan dua bhgn lagi dilengkapi dengan batu deco berbentuk bunga yang diletakkan ditgh2 kawasan masing2..
Permainan warna sekali lagi berjaya mengiringi keserian yang ditampilkan pada dinding pagar baru ini.. Cornic 3"x3" yang rata dan ringkas telah digunakan untuk melengkapi bhgn atas untuk menampilkan imej kemas dan modern..
Tiang besar setinggi hampir 7ft ini telah disaluti sepenuhnya oleh batu "pable wash" berwarna hijau lumut bagi menaikan suasana damai dan sejuk mata memandang, manakala pintu pagar yang besar dan luas ini telah menyuntik imej mewah pada imej baru rumah ini..
Tuesday, July 13, 2010
Projek Bandar Baru Bangi 2
Design dan pattern plaster ceiling dibina mengikut ruang2 yang diilhamkan oleh pemilik.. ianya membahagikan beberapa ruang iaitu diantara ruangtamu, ruang menonton, ruang membaca dan ruang makan.. "Beam palsu" yang dibina antara ruang makan dan ruang tangga telah menampakkan satu kelainan yang ketara..Mengubah pintu dan tingkap
Bahagian pintu depan telah diubah untuk menampakkan imej baru.. Tingkap casement yang agak lebar telah menyukarkan tuan rumah untuk menyusunatur perabut dibahagian ruangtamu. Daun pintu pula disudahkan dengan cat putih sepadan dgn konsep "english style" yang diidamkan pemilik.. ianya juga disokong dengan "casement window" berukuran 1 1/2'x 6'..
Perubahan wajah
Gambar diatas menunjukkan perbezaan wajah rumah ini dari rupa asal kepada wajah baru dengan hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian sahaja.
Pagola berukuran 6'x7' ini dibina dibahagian teres rumah ini untuk dijadikan tempat bersantai seisi keluarga.. Bumbung pagola ini ditutupi dgn kepingan polycarbonate berwarna kelabu.. Bahagian sisinya pula dilengkapi "translist kayu" bercorak diamond untuk memberi sedikit privercy kepada pemilik sekeluarga ketika bersantai..Monday, April 26, 2010
Projek Bandar Baru Bangi

Untuk bhgn luar.. image rumah ini telah diubah sama sekali dari image lama yang lesu kepada image baru yang lebih elegen dengan ruang balkoni telah ditutup sepenuhnya dengan "tempered glass" yang dilengkapi dengan "reflect tinted film" jenis "silver blue"... Warnanya yang begitu menyerlah disusuli warna dinding kelabu muda dan putih nampak sungguh padan dengan warna "roof tile" yang lebih gelap.. kombinasi warna terang dan gelap ini menjadikan pandangan hadapan rumah ini lebih bertenaga..
Untuk bhgn bwh tangga.. tuan rumah memilih untuk menutup ruang ini dengan membina sebuah setor kecil supaya ruang tamu nampak lebih kemas.. Warna pintu disesuaikan dengan warna "handrail" tangga dan kemasan lantainya...
Bhgn siling asal rumah ini sarat dengan "beam" yang melintang-lintang telah dilindungi oleh kemasan "plaster ceiling" yang menampilkan image moden dan kombinasi menarik diantara "pattern" diruang tamu dan diruang makan.. Kombinasi lampu juga memainkan peranan untuk menaikan lagi seri kedua dua ruang ini..
Kemasan tangga asal yg menggunakan permaidani sungguh tidak sesuai dgn konsep baru rumah ini... kemasan floor depot corak kayu berwarna coklat dibahagian atas anak tangga dan bahagian sisi anak tangga di kemaskan dengan plaster dan cat putih dapat menaikan seri tangga ini..
Bhgn belakang telah disambung untuk mendapatkan ruang dapur yang lebih luas dan selesa.. Kemasan "plaster ceiling" yang ringkas sungguh sesuai dgn konsep moden rumah ini.. Kemasan jubin dinding berwarna putih hingga ke siling membantu ruang ini nampak lebih luas.. kabinet dapur yang ringkas ini hanya memiliki satu "tower" besar untuk memuatkan pekakas elektrik dan satu "counter bar" untuk bersarapan pagi.. sekali lagi kombinasi warna cerah dan gelap yang begitu memukau..

Hasil dari renovation: