Plaster Ceiling

Design dan pattern plaster ceiling dibina mengikut ruang2 yang diilhamkan oleh pemilik.. ianya membahagikan beberapa ruang iaitu diantara ruangtamu, ruang menonton, ruang membaca dan ruang makan.. "Beam palsu" yang dibina antara ruang makan dan ruang tangga telah menampakkan satu kelainan yang ketara..
Mengubah pintu dan tingkap
Bahagian pintu depan telah diubah untuk menampakkan imej baru.. Tingkap casement yang agak lebar telah menyukarkan tuan rumah untuk menyusunatur perabut dibahagian ruangtamu. Daun pintu pula disudahkan dengan cat putih sepadan dgn konsep "english style" yang diidamkan pemilik.. ianya juga disokong dengan "casement window" berukuran 1 1/2'x 6'..
Perubahan wajah

Gambar diatas menunjukkan perbezaan wajah rumah ini dari rupa asal kepada wajah baru dengan hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian sahaja.
Pagola Mini

Pagola berukuran 6'x7' ini dibina dibahagian teres rumah ini untuk dijadikan tempat bersantai seisi keluarga.. Bumbung pagola ini ditutupi dgn kepingan polycarbonate berwarna kelabu.. Bahagian sisinya pula dilengkapi "translist kayu" bercorak diamond untuk memberi sedikit privercy kepada pemilik sekeluarga ketika bersantai..
Tiling work

Untuk lantai carporch dan teres pula, pemilik telah memilih tile jenis "terracota" yang dipasang dengan corak diamond.. kemasan lantai ini telah dilengkapi dengan boarder yang menggunakan batu "pable wash" berwarna kuning dan hitam..
P/s: klik pada gambar utk saiz yang lebih besar